Saturday 11 January 2014

Aku Nak Qiamullail !


Seriously cakap, aku bukan dalam kalangan manusia yang rajin berqiamullail. Boleh kira dengan jari lah berapa kali bangun malam untuk beribadah. Itupun bila masa kat sekolah. BADAR kan suka buat qiamullail ni, kalau terbangun aku join lah. Tapi memang confirm ngantuk.

But then, tahun lepas aku antara budak SPM. Biasanya bila dah tahun periksa ni memang ramai orang start beribadah, qiamullail, especially for budak-budak asrama ni. Kawan-kawan aku ramai gila yang selalu bangun malam, sampailah waktu SPM. Aku jeles kot tengok diorang ni rajin benor solat-solat sunat ni. Ada lah jugak inisiatif aku bangun malam ni, bangun tu memanglah bangun, tapi sentiasa ada sorang budak kecik dalam kepala aku ni yang akan menjerit-jerit bagi excuses.

1. Gelaplah. Macam takut je nak semayang sorang2.
2. Eishh, dorm ni bukannya terjamin kebersihan dia. Sejadah takdek pulak tuh.
3. Nanti orang terkejut pulak tengok lembaga putih gerak2 malam2 ni,, tak baik buat orang terkejut.
4. Kalau nak qiamullail, buat kat surau la!
5. Malu kalau orang nampak.

Menyebabkan aku akhirnya baca je apa-apa doa sikit2, pastu tidur balik. Ohh, jahilnya diriku ini. (=,=)' 
During SPM, statistik manusia yang berqiamullail meningkat dengan mendadak. Memandangkan aku ni jenis study wake up, uish, ramainya manusia semayang tepi katil aku, kat tengah dorm lah katakan. Err, tapi aku pejam mata, buat bodoh and study. Entah kenapa malas sangat. Tapi bila aku renung wajah suci sahabat-sahabat aku yang berjihad nak qiamullail tu, aku tertanya-tanya, mana diorang dapat kekuatan berqiamullail ni? Aku ni rasanya dah BADAR dah, apesal kemalasan tu melebihi tahap melampau? Rasa berdosa pun ada jugak. Erk.. Jadi, aku memujuk hati aku yang tahu rasa bersalah ni dengan mengatakan ayat-ayat sebegini : "Alah, nanti lepas SPM kan ada 3 bulan, kau qiamullail lah banyak-banyak time tu."

Begitu manis mulutku memanipulasi hati. Pastu lepas SPM, agak-agak qiamullail tak aku? Haa, memang tak lah jawabnya. Kalau kat rumah, jangan harap lah nak bangun. Tidur pun agaknya belum tentu lagi pukul 2-3 pagi tuh. Menghadap komputer main game ke, tengok anime ke, tak tidur lagi mana nak qiamullail nye, ye dok? Tapi entah kenapa kebelakangan ni hati aku banyak gak lah tersentap, sebab nampak sangat buat ibadah dulu tu pun sebab ada kat sekolah. Mentang-mentang dah keluar sekolah, bolehlah kau mengabaikan ibadah-ibadah sunat tu ye?! Aku pun menempelak diri aku. Kebetulan pulak, semalam aku habis baca Tuesdays With Morrie, orang bukan Islam pun tahu mati tu bila-bila. Tapi kau ni, dahlah Islam, agama yang syumul tu, bukannya sedar dah nak mati dah. Akhir zaman, tau tak?! Grrr.. 

Nak menambahkan lagi kebetulan tu, semalam tertonton cerita Dua Kalimah, tapi separuh jalan sebab agak menakutkan. Dia tunjuk keadaan mayat-mayat yang amalkan ilmu hitam, derhaka ngan mak (ada ular dalam kubur), yang lain aku tak tengok dah. Terus masuk tidur. Gelap. Sekali lagi aku menempelak, "ni gelap dunia baru, bukan dalam kubur lagi. Kat dalam kubur gelap, sempit, sorang-sorang........"

"Maka, mati itu bila-bila masa. Dan ibadah kau tak banyak. Andai kata kau mati sekarang, kau rasa lepas ke kau nak masuk syurga? Dan apa pasal kau nak takut dengan mati pulak? Bukan ke mati ialah satu transport untuk kau bertemu dengan Allah? Patutnya kau tak sabar-sabar nak mati, bukannya takut,der."

Aku menjawab dalam hati, lemah. "Sebab aku tak ready. Tak banyak amal."

"Tahu pun tak banyak amal. Dah tu kenapa malas nak qiamullail? Al-Mulk yang kau dok baca hari-hari masa halaqah kat dorm, meringankan azab kubur. Amboi, masa kat sekolah dulu punyalah pastikan setiap ahli dorm halaqah. Kenapa tak buat dah?"

Terdiam. Aku kalah dengan diri aku. Malam tadi aku baca al-Mulk yang dah lama aku tak baca. Kalau mati malam tu, aku fikir, sekurang-kurangnya mungkin al-Mulk boleh kurangkan azab aku kat kubur.

Dan tanpa disangka-sangka, aku bangun pukul 4 pagi. Aku sedar, terus aku melompat ambik wuduk, solat tahajjud, solat taubat, solat hajat ngan solat witir. I have my conversations with Allah. Ayat berterabur nak mampus, tapi takpelah. Aku bersyukur, Allah still lagi pinjamkan aku nyawa untuk hari ini. Aku termenung kat sejadah, rasa sangat-sangat segar, tak ngantuk, rasa nak solat lagi, nak solat banyak-banyak. Aku tanya diri aku, untuk sape aku buat semua ni. Kalau aku bukan Islam, kalau aku tak tahu Allah tu wujud, memang sampai matilah aku tak buat addidtional ibadah camni, wajib cukup. Ni sebab nak bodek Allah punya pasal, aku sanggup. Hahaha, lawak pun ada ( aku rasa lawaklah jugak ).

Kesimpulannya, walaupun tak kena tapi, BADAR tu penting. Bersyukur aku masuk sekolah yang ada BADAR. At least bila tak ada BADAR yang nak control hidup kita lepas habis sekolah, kita rasa sentap tu sendiri, doe. Bukan sebab BADAR, bukan sebab ustaz. Wahai adik-adikku, hargailah BADAR di sekolah anda selagi anda masih di sekolah (promote BADAR jap). Sebab nanti kat luar, kau sorang-sorang jugak. Ilmu yang belajar kat sekolah lah yang melindungi kau dari maksiat, sekiranya kau hayati ilmu tu betul-betul. Kita ni dah beragama Islam tu pun cukup bertuah tahu tak, takkan kau nak sia-siakan pulak. Melepas, woo. Rugi.

Aku bercakap dari pengalaman seorang alumni (cewah, alumni sudah ). Ayat-ayat aku memang lah tidak bersopan-santun apatah lagi berbunga-bunga. Rojak pulak tu. Aku memang tak pandai nak bermanis mulut, bermadah, bermetafora bagai. Tersalah tolong tegur. Aku manusia biasa. Cuma aku harap kita semua dapat berubah menjadi lebih baik. Dalam Tanyalah Ustaz semalam ustaz cakap, "orang Islam, hari ini kena lebih baik dari hari semalam. Kalau tak, dia celaka," (bukan ayat yang exact, harap maklum).

Buat adik-adik selajnah, seBULAT dengan aku, hehe, がんばってね!Masih tidak terlambat untuk berubah. Better late than never.

“Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang bertaubat dan mencintai orang-orang yang menyucikan dirinya.” 
– al Baqarah : 222




No comments:

Post a Comment